Khamis, 14 Januari 2016

Khamis, Januari 14, 2016
Cik Ta & Zain Cadang Pindah Ke London | Pelakon dan pengacara popular Rozita Che Wan, 43, bercadang membeli sebuah pangsapuri di Knightsbridge yang juga antara kawasan eksklusif di London, United Kingdom.


Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata, perancangan untuk membeli rumah di London sudah lama malah suaminya yang juga pelakon Zain Saidin, 32, pernah menyatakan hasrat untuk berpindah ke sana.

Ditanya mengenai harga pangsapuri berkenaan, Rozita bagaimanapun enggan mengulas.

Menurut Rozita, pemilikan aset di sana memang perlu sekiranya Zain mahu berhijrah ke sana, lebih-lebih lagi apabila Zain mempunyai ramai saudara-mara di London memandangkan ibunya berasal dari sana.

“Apabila difikir semula adalah lebih baik jika saya memiliki aset sendiri di sana. Insya Allah, beri saya tempoh dalam setahun atau dua tahun lagi," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/107056#sthash.n0OT2vPy.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.