Sabtu, 2 Januari 2016

Sabtu, Januari 02, 2016
Fida Serik Di "Tendang" Rakan Kongsi |  Fida Ibrahim mengakui serik apabila ditipu rakan kongsi dalam perniagaan pakaian yang diusahakan awal tahun 2015 lalu.

Fida Serik Di "Tendang" Rakan Kongsi

Menurut Fida, rakan kongsinya dalam perniagaan yang diusahakan beberapa bulan itu bertindak menyingkirkan namanya dalam perniagaan berkenaan.

"Sedih dan terkilan kerana saya tidak sangka dia tiba-tiba berubah sikap dan membuang nama saya dalam perniagaan terbabit.

"Dia bagi alasan bahawa perniagaan tersebut tidak mendapat sambutan dan ingin menutup bisnes itu secara tiba-tiba. Apabila saya pergi kedai masih beroperasi seperti biasa, namun dia telah menukar nama dan milik kedai tersebut," ujarnya menerusi mStar Online.

Kata Fida, dia cuba berusaha untuk bertemu dan meminta penjelasan daripada rakan kongsi tersebut, namun usaha itu hanya sia-sia.

“Sebelum ini kami hanya berbincang menerusi mesej di Whatsapp. Bila dah bagi alasan macam-macam, barulah saya sedar saya kena tipu dan banyak alami kerugian apabila saya turut melabur dalam perniagaan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Fida berkata, dia enggan mengambil tindakan undang-undang kepada individu tersebut berikutan dirasakan tidak berbaloi.

Katanya, biarlah insiden tersebut menjadi pengajaran paling bermakna dalam dirinya dan sebagai semangat untuk dia mencuba perniagaan lain.

“Cara pengurusannya ketika itu tidak menggunakan sebarang dokumen, hanya melalui sistem tunai dan susah untuk dapatkan bahan bukti.

“Cumanya dalam perniagaan jangan buat macam ni (menipu) sebab ada waktu kita menipu berada di atas tetapi ada masa kita akan berada di bawah, perniagaan seperti roda,” katanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/01/02/fida-ibrahim/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.