Sabtu, 2 Januari 2016

Sabtu, Januari 02, 2016
Hilang Di Madinah, Ibu Doa Semoga Anak Di Temui Selamat | "Kini saya hanya mampu berdoa semoga anak saya selamat ditemui," kata Zamhani Zakaria dengan penuh harapan berhubung anak perempuannya yang hilang ketika berada di Madinah.

Hilang Di Madinah, Ibu Doa Semoga Anak Di Temui Selamat

Menurutnya kali terakhir dia bersama-sama anaknya Nor Azimah Ibrahim, 31, adalah pada 19 Disember lepas.

"Nor Azimah tidak sihat pada hari berkenaan, selepas sembilan hari kami berada di tanah suci Makkah dan Madinah.

"Kami (saya dan suami) berjanji untuk berjumpa (Nor Azimah) di Masjid Nabawi selepas pulang dari program ziarah pada tengah hari, namun Azimah tidak kelihatan di sekitar masjid berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya dia dan suaminya Ibrahim Abdul Rahman, 54, juga telah memberikan segala maklumat berkenaan anaknya yang hilang itu kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

"Suami saya masih berada di sana untuk membantu pihak berkuasa Arab Saudi dalam mengesan Azimah, namun sehingga kini masih tiada khabar berita," katanya.

Zamhani, 52, yang tiba di tanah air pada 23 Dis lepas berkata dia, suaminya dan Nor Azimah berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 11 Disember lepas dan dijadual pulang ke Malaysia pada 22 Disember.

Nor Azimah merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan, berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/01/01/ibu-doa-anak-hilang-di-madinah-ditemui-selamat/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.