Isnin, 18 Januari 2016

Isnin, Januari 18, 2016
Jatuh Pentas: Amy Search Cedera Kaki & Tangan | Amy Search akan membuat pemeriksaan susulan daripada pakar perubatan selepas insiden dia terjatuh dari pentas ketika membuat persembahan Jumaat lalu.

Jatuh Pentas: Amy Search Cedera Kaki & Tangan

Kejadian yang berlaku di sebuah majlis tertutup itu menyebabkan tangan kanan vokalis kumpulan Search itu cedera.

Isterinya, Norhasniza Hassan atau Norish, 35, memaklumkan, suaminya sudah membuat pemeriksaan selepas selesai membuat persembahan di majlis berkenaan.

“Doktor berikan beberapa ubat. Tetapi, rasanya kami perlu membuat pemeriksaan susulan daripada pakar kerana ketika bangun tidur pagi ini (Ahad), dia mengadu rasa seperti mahu demam.

“Tangan Amy juga semakin membengkak selain ibu jari kanannya yang juga ada kesan luka,” katanya.

Tambah Norish, ketika kejadian itu, Amy dikatakan tidak dapat melihat dengan jelas ruang kosong di hadapan pentas kerana lampu simbah yang terlalu terang.

“Sejurus sebelum persembahan bermula, saya naik ke pentas dan saya sendiri nampak ada lebih kurang 20 lampu ‘spotlight’ dipasang. Mungkin kerana silau, saya tidak perasan ada ruang kosong di hadapan pentas.

“Amy pula memang suka berinteraksi dengan penonton di hadapan pentas dan bersalaman. Jadi, bila tidak perasan ada ruang, dia pun terjatuh,” katanya.

Norish turut memaklumkan, selepas kejadian itu, persembahan dihentikan buat seketika sebelum disambung dengan empat buah lagu.

“Apabila Amy terjatuh dari pentas, dia dibantu beberapa rakan anggota band dan persembahan dihentikan lebih kurang 10 minit. Selepas itu, persembahan diteruskan dan dia menyampaikan empat buah lagu,” katanya.

Sehari selepas kejadian, Amy masih dapat membantu kerja-kerja kenduri untuk majlis resepsi anaknya, Nabila Huda yang berlangsung kelmarin.

Norish juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan artis yang menghubungi untuk bertanya khabar suaminya itu.

“Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan artis yang sudi menghubungi dan bertanya khabar Amy,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/108186#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.