Jumaat, 1 Januari 2016

Jumaat, Januari 01, 2016
Jurujual Handphone Kompleks Kota Raya Di Denda RM6,000 | Seorang bekas jurujual telefon di Kompleks Kota Raya didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas tuduhan menipu pekerja hotel bagi pembelian telefon bimbit membabitkan kerugian RM400, tiga minggu lalu.

Jurujual Handphone Kompleks Kota Raya Di Denda RM6,000

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Lee Wai Chung, 21, sebaik tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan, jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu Shamsul Esham Hashim, 41, dalam urusan pembelian telefon bimbit itu yang mana tidak menyerahkan wang berjumlah RM400 kepada tertuduh jika tidak diperdayakan.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, jika disabit kesalahan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/103910


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.