Selasa, 19 Januari 2016

Selasa, Januari 19, 2016
Kapal TLDM Terbakar | Kapal Teguh Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar di Grade One Marine, Kampung Acheh, pagi tadi.

Kapal TLDM Terbakar

Bagaimanapun, kejadian 9.50 pagi itu hanya membabitkan bilik enjin kapal latihan berkenaan dan kebakaran disedari pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan di kawasan berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.59 pagi sebelum sepasukan anggotanya ke tempat kejadian.

"Kapal berkenaan dalam kerja pembaikan, namun ketika kejadian berlaku tiada siapa berada di dalam kapal itu dan tiada mangsa yang terbabit.

"Sebaik pihak bomba tiba di tempat kejadian asap hitam keluar melalui pintu masuk utama kapal berkenaan dan pemeriksaan mendapati kebakaran hanya membabitkan lima peratus bahagian bilik enjin.

“Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk kerja pemadaman serta dapat mengawal kebakaran daripada merebak keseluruhan kapal," katanya.

Menurutnya, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/108226#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.