Isnin, 4 Januari 2016

Isnin, Januari 04, 2016
"Lawan Rakyat Lawan"~ Tengku Puan Pahang Menerusi Instagram | Tengku Puan Pahang menyeru penduduk Kuantan terus berjuang untuk menghentikan pencemaran akibat aktiviti perlombongan bauksit.


“Lawan rakyat lawan,” kata Tunku Azizah Maimunah Iskandariah, dalam bahasa Inggeris, di Instagram miliknya @tengku_puan_pahang.

Coretan itu dikepilkan keratan Utusan Malaysia semalam “Bauksit: Kabinet arah berhenti sementara” yang melaporkan penggantungan kegiatan melombong galian itu selama tiga bulan.

Akhbar itu menyifatkan tindakan kabinet itu tepat selepas berlaku “perubahan ketara kepada alam sekitar” seperti sungai dan laut tercemar sehingga merah.

A photo posted by #airtangantengkupuanpahang (@tengku_puan_pahang) on


Isu bauksit sejak lebih setahun menjadi duri dalam daging penduduk-penduduk di beberapa kawasan di Kuantan.

Ia menjadi lebih panas beberapa minggu mutakhir susulan kemalangan maut seorang guru akibat dihempap tayar lori bauksit dan juga pencemaran serius Sungai Balok.

Persisir pantai berdekatan muara sungai itu turut tercemar, dianggarkan sejauh sekurang-kurangnya 10km, dari Pelabuhan Kuantan ke Pantai Batu Hitam.

Menulis di laman sosial itu hari ini, Tunku Azizah juga memuat naik beberapa lagi keratan akhbar berhubung pencemaran bauksit.

“Berbuih sudah mulut saya pok pek. Saya ada rumah di pantai Balok, dan pantai di hadapan rumah saya juga merah.

“Pernah juga pelabuhan [Kuantan] membuang asid-asid ke dalam laut dan saya terpaksa henti cari kerang di pantai,” katanya, dengan melampirkan keratan mingguan New Sunday Times “Generations will suffer” hari ini.

Walaupun mahu tindakan tegas diambil bagi menangani isu bauksit, isteri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata tidak wajar kerajaan disalahkan sepenuhnya.



“Memang sudah berlebihan. [Tetapi] jangan salahkan kerajaan sahaja. Salahkan juga pengusaha yang haram, salahkan juga tuan punya tanah.

“Kita semua salah di sini,” katanya, mengulas laporan muka depan akhbar Mingguan Malaysia ”Hentikan terus lombong bauksit” hari ini.

Sedih dengan masalah bauksit yang ditanggung rakyat, coretnya di Instagram, Tengku Puan Pahang berkata industri mineral itu membuatkan rakyat berasa tidak selesa.


A photo posted by #airtangantengkupuanpahang (@tengku_puan_pahang) on

# Harap2 isu ni dapat diselesaikan segera...bukan nak menuduh tetapi poster2 dibawah ni dah tersebar merata-rata...hurmmmmm

"Lawan Rakyat Lawan"~ Tengku Puan Pahang Menerusi Instagram

sumber
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/isu-bauksit-tengku-puan-pahang-seru-lawan-rakyat-lawan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.