Jumaat, 22 Januari 2016

Jumaat, Januari 22, 2016
Lelaki Mengaku Militan IS, Bawa Peledak Di Kem Kementah| Seorang lelaki mendakwa sebagai anggota kumpulan militan IS, ditahan ketika cuba memasuki Kem Kementah, Jalan Padang Tembak, kelmarin.

Lelaki Mengaku Militan IS, Bawa Peledak Di Kem Kementah

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, suspek berusia 29 tahun, yang tiba di pos pengawal Kem Kementah kira-kira jam 8.10 malam dengan menaiki teksi turut mengaku membawa bahan letupan bersamanya.

“Suspek bagaimanapun berjaya dihalang memasuki kem. Hasil pemeriksaan ke atas beg dibawanya, terdapat seutas tasbih, sebatang pen, satu paket Elken Spirulina Chewable, wang tunai RM45, ubat pil liconate dan power bank.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk siasatan lanjut, manakala pemandu teksi turut ditahan untuk direkod keterangannya,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurut Tajudin, suspek berasal dari Taman Sri Keramat dan kini menetap di Gombak, tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Pemeriksaan di dalam teksi juga tidak menemui apa-apa barang salah. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, siasatan awal mendapati suspek seperti dalam keadaan tidak waras.

“Suspek turut memaklumkan, mendapat titah daripada Yang Di-Pertuan Agong untuk ke kem berkenaan dan berjumpa dengan orang penting di situ bagi menyelesaikan beberapa masalah negara termasuk kos sara hidup yang meningkat,” katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/mengaku-anggota-is-bawa-peledak-1.475902


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.