Sabtu, 9 Januari 2016

Sabtu, Januari 09, 2016
Mak Bedah Mengaku Salah Tipu Peniaga Online : Seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Gemas, semalam atas pertuduhan memperdaya seorang wanita untuk menyerahkan wang bagi tempahan barang perniagaan di Petronas Gemas, 20 September tahun lalu.

Mak Bedah Mengaku Salah Tipu Peniaga Online

Zubaidah Othman, 42, atau lebih dikenali dengan nama Mak Bedah dalam kalangan mangsanya membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusuf.

Berdasarkan pertuduhan, pada 20 September lalu di mesin CDM CIMB Bank di Petronas Gemas Zubaidah telah menipu Siti Faridah Rozeiry, 26, dengan memperdayakan mangsa bahawa dia dapat melaksanakan tempahan barang-barang niaga.


Percaya dengan janji manis itu, mangsa menyerahkan wang sebanyak RM4,430 kepada tertuduh.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Saufi Malik memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh.

Mahyun menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM7,000 ke atas tertuduh atau tujuh bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mak Bedah bagaimanapun menjelaskan bayaran denda dengan seorang penjamin.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/mak-bedah-didenda-rm7-000-1.470120


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.