Isnin, 4 Januari 2016

Isnin, Januari 04, 2016
Maria Farida Tunjuk Belang Lepas Kahwin, Anak Tiri Terabai | Nah ko...ni baru betul-betul bergelar pelakon filem dan pelakon relaiti...Menerusi media, anak-anak tiri Maria Farida meluahkan rasa kesal mereka bila kehidupan mereka jadi huru hara angkara pelakon tersebut.

Maria Farida Tunjuk Belang Lepas Kahwin, Anak Tiri Terabai

Biarpun baru sahaja bergelar ibu kepada anak suami yang dinikahinya November lalu, kini sudah kedengaran suara anak tiri Maria Farida yang mengakui kecewa dengan perubahan sikap bapa mereka, Datuk Rahman Shakur dan pelakon tersebut.

Menurut Nurshazleen Anis yang berusia 28 tahun, semuanya bermula baik-baik saja tetapi perubahan mula terjadi selepas mereka berkahwin meyebabkan hidup mereka adik beradik menjadi porak poranda dan terbiar.

“Saya terkilan dengan papa yang langsung tidak menjenguk ketika saya dimasukkan ke hospital kerana denggi. Ketika di hospital, saya mula nampak belang Maria dan dari situ, saya mula sedar kami akan ditendang dan perlu mencari hidup sendiri”

“Banyak perkara yang dipertikaikannya dan ia sangat menyakitkan hati. Maria menghancurkan kebahagiaan keluarga kami,” katanya. Selain Wan Nathasha yang berusia 22 tahun, Shazleen masih mempunyai adik-adik remaja: Damia Caldia, 16, Cahaya Nilam, 14, Aishyea Rahman, 10 serta Qalif Ryan, 6.

Lebih mengejutkan, Shazleen turut mengaku bahawa dia sebelum ini dihasut untuk memburukkan ibunya, Karen Rahman melalui laman sosial dan dipaksa membuat kenyataan negatif dalam sebuah program hiburan. Begini pula ceritanya, kalau tengok dalam Melodi sebelum ini, kena kecam habis ibu mereka.

“Saya terkesan sangat kerana dulu, saya pernah memburukkan dan membuangnya tetapi kini mummy (Karen) yang sentiasa mengambil berat. Saya buang mummy dulu kerana terpengaruh dengan cerita hasutan,” katanya.

Maria yang juga pelakon “Dhia Sofea” itu mempunyai seorang anak lelaki Mizan Ashley, 19, hasil perkahwinan terdahulu.

sumber
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/maria-farida-dan-bapa-berubah-selepas-kahwin-keluh-anak-tiri


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.