Jumaat, 15 Januari 2016

Jumaat, Januari 15, 2016
Muka Ganas, Badan Penuh Tatoo Tapi Menangis Kena Tahan Polis | Muka ganas dan badan penuh cacahan tatu kongsi gelap. Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila lelaki berusia 33 tahun itu merayu dan menangis sejurus ditahan polis.

Muka Ganas, Badan Penuh Tatoo Tapi Menangis Kena Tahan Polis

Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin, suspek yang juga anak Datuk ditahan polis di Jalan Sungai Besi berhampiran kelab malam, di sini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, lelaki itu ditahan polis selepas didapati memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya.

Menurutnya, suspek pada mulanya melanggar kereta di Jalan Pudu Ulu, di sini, sebelum memandu melawan arus lebih tiga kilometer.

“Dalam cubaan untuk melarikan diri, suspek turut melanggar tiga kereta lain sebelum ditahan di Jalan Sungai Besi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/107410


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.