Isnin, 11 Januari 2016

Isnin, Januari 11, 2016
Nilai Ringgit Jatuh 4.4, Apa Tindakan Kerajaan? | Nilai ringgit terus menurun berbanding mata wang dolar AS dalam dagangan awal pagi susulan kekurangan minat daripada pelabur, kata peniaga.

Nilai Ringgit Jatuh 4.4, Apa Tindakan Kerajaan?

Dalam dagangan jam 9 pagi, ringgit didagangkan lebih rendah kepada 4.4070/4150 berbanding prestasinya Jumaat lalu 4.3800/3900.

"Sentimen negatif minggu lalu kelihatannya merebak ke sesi dagangan pagi ini dan pelabur kini beralih kepada emas sebagai aset lindung nilai," katanya.

Beliau berkata, pasraan juga menunggu langkah Bank Pusat China untuk mewujudkan kadar rujukan renmimbi yang dijangka diumumkan hari ini.
Ringgit lemah berbanding dolar Singapura pada 3.0606/0670 berbanding Jumaat lalu 3.0472/0550 dan jatuh berbanding pound British kepada 6.4003/4141 berbanding 6.4014/4182.

Bahkan mata wang tempatan itu turut terus ditekan berbanding yen kepada 3.7618/37703 berbanding 3.6993/6093 dan euro, yang menurun 4.8151/8256 berbanding 4.7611/7737. - BERNAMA

sumber
http://www.bharian.com.my/node/113132


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.