Ahad, 10 Januari 2016

Ahad, Januari 10, 2016
Pelajar Tahfiz Lelaki Di Rasuk, Lari Masuk Hutan | Seorang pelajar tahfiz lelaki berusia 15 tahun bertindak melarikan diri ke dalam hutan dipercayai akibat dirasuk dalam kejadian di Chengkau semalam.

Pelajar Tahfiz Lelaki Di Rasuk, Lari Masuk Hutan

Kejadian pada pukul 5 petang itu dikatakan berlaku ketika remaja itu melawat adiknya yang menuntut di sebuah pusat pengajian tahfiz berdekatan lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa yang merupakan penuntut di sebuah lagi pusat tahfiz datang ke daerah ini bersama keluarganya dari Melaka.

Kunjungan itu bagaimanapun bertukar cemas apabila mangsa lari ke dalam hutan berhampiran secara tiba-tiba dipercayai akibat dirasuk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd. Fuad Majid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam dan memberi bantuan menyelamat pada pukul 5.10 petang.

“Mangsa ditemui pada pukul 5.33 petang dalam keadaan selamat di dalam hutan berkenaan namun masih meracau-racau. Jarak lokasi dia dijumpai dengan pusat tahfiz kira-kira 100 meter.

“Remaja tersebut yang lengkap berpakaian tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia kemudian diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.