Isnin, 18 Januari 2016

Isnin, Januari 18, 2016
Penduduk Kampung Enggan Terima Mayat Pengebom Jakarta | Penduduk sebuah kampung tidak bersetuju mayat seorang penyerang di Jakarta minggu lalu, dikebumikan di kampung itu.


Menurut laporan MetroTV, penyerang berkenaan dikenali sebagai Ahmad Muazan melakukan serangan bom bersama empat lagi menyebabkan tiga orang awam mati dan semua penyerang maut dengan sekurang-kurangnya tiga daripada mereka meletupkan diri masing-masing.

Penduduk Kampung Enggan Terima Mayat Pengebom Jakarta

“Penduduk kampung ini amat bertolak ansur dan mahukan keamanan, bukan pelampau apatah lagi membunuh. Apa yang (Ahmad Muazan) lakukan mencemarkan nama baik Islam,” kata penduduk Kampung Kedungwungu di Jawa Barat, Nasrullah, kepada MetroTV.

Ketua kampung itu kini sedang berunding dengan penduduk serta keluarga penyerang berkenaan. - Reuters

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/108243


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.