Khamis, 28 Januari 2016

Khamis, Januari 28, 2016
Penerbangan Diselubungi Misteri, Kru Kapal Pengsan, Penumpang Jatuh Sakit | Misteri menyelubungi satu penerbangan yang dalam perjalan dari London ke Los Angeles selepas kru pesawat dilaporkan pengsan manakala penumpang jatuh sakit secara tiba-tiba.

Penerbangan Diselubungi Misteri, Kru Kapal Pengsan, Penumpang Jatuh Sakit

Keadaan panik itu membuatkan penumpang cuba mendapatkan doktor di kalangan mereka, namun juruterbang Syarikat Penerbangan Amerika (American Airlines) mengumumkan untuk berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan.

Pesawat jenis Boeing 777-300 itu kemudian berjaya mendarat di Lapangan Terbang Heathrow manakala penumpang tidak dibenarkan untuk keluar.

Pasukan perubatan yang menunggu ketibaan penerbangan tersebut turut berada berhampiran pesawat.

Pasukan perubatan hanya dibenarkan untuk merawat penumpang dan kru kapal yang terlibat selepas ujian udara di dalam pesawat selesai dilakukan.

Pihak berkuasa lapangan terbang kemudian merampas semua bagasi di dalam pesawat untuk melakukan pemeriksaan.

Seramai enam kru kapal dan dua penumpang yang berusia lingkungan 40 dan 60 tahun dilaporkan jatuh sakit di atas penerbangan berkenaan.

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun menafikan bahawa terdapat kru kapal dan penumpang telah jatuh sakit ketika pesawat terpaksa perpatah balik.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/01/28/misteri-penerbangan/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.