Khamis, 14 Januari 2016

Khamis, Januari 14, 2016
Pengasuh Di Tahan Bantu Siasatan Bayi Koma | Seorang pengasuh wanita ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes seorang bayi berusia tiga bulan yang koma akibat pendarahan dalaman di kepala selepas dihantar ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Taman Bunga Raya, Jitra kelmarin.

Pengasuh Di Tahan Bantu Siasatan Bayi Koma

Perintah tahanan reman sehingga 16 Januari itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Khairul Hafizuddin di Mahkamah Majistret Jitra.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd. Rahim Abdullah, suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan di pusat asuhan tersebut kira-kira pukul 3 petang semalam.

“Hari ini, polis berjaya mendapat perintah reman untuk menahan suspek sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

“Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu dan kes disiasat mengikut Sek­syen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Akhbar ini hari ini melaporkan seorang bayi berusia tiga bulan, Alfateh Ashraf berada dalam keadaan pucat dan tidak bermaya ketika berada di bawah jagaan pengasuhnya di sebuah pusat asu­han di Jitra.

Kejadian itu disedari oleh ba­panya, Ashraf Abdullah, 35, selepas menerima panggilan daripada salah seorang pekerja di situ yang memaklumkan anaknya mengalami demam dan sering merengek kira-kira pukul 12.11 tengah hari.

Ekoran kejadian itu, mangsa dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta di sini sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar ekoran keada­annya yang agak kritikal dan diletakkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU).

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pengasuh-bayi-koma-direman-empat-hari-1.179401


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.