Isnin, 18 Januari 2016

Isnin, Januari 18, 2016
Penjaga Gol Piala Presiden Perlis Maut Kemalangan | Penjaga gol pasukan Piala Presiden Perlis Mohammad Saiful Niza Nazir, 18 maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Raja Syed Alwi, Titi Chai, Kangar, pagi tadi.

Penjaga Gol Piala Presiden Perlis Maut Kemalangan

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Zaini Talib berkata, kejadian berlaku pada 7.45 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dengan motosikalnya dari rumahnya di Kangar ke Gunung Medan di Utan Aji, di sini untuk menjalani latihan bersama pasukannya.

"Siasatan awal berdasarkan kesan brek pada permukaan jalan raya di kawasan kemalangan mendapati mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang elektrik sebelum merempuh lori yang diletakkan di bahu jalan itu," katanya.

Impak dari pelanggaran itu, mangsa parah di kepala dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk proses bedah siasat," katanya lagi.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber
Harian Metro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.