Selasa, 19 Januari 2016

Selasa, Januari 19, 2016
Proton Perkenal 6 Varian Enjin Baru | Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan inisiatif kajian dan pembangunan (R&D) bagi enjin terbarunya yang bakal dilengkapi dengan dua teknologi iaitu Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI) dan Gasoline Direct Injection (GDI).

Proton Perkenal 6 Varian Enjin Baru

Program pembangunan enjin terbaru itu dimulakan sejak Mac lalu di England dan dijalankan dengan kerjasama syarikat kejuruteraan global yang berpangkalan di Ricardo.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, inisiatif pembangunan enjin itu akan membabitkan enam varian enjin dan bakal mengambil 40 bulan untuk disiapkan sebelum varian pertama dilancarkan pada penghujung tahun depan.

"Penggunaan enam varian enjin ini dalam semua model kenderaan Proton akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 2018 dan ia diyakini mampu melonjakkan jenama Proton pada masa akan datang," katanya selepas siaran langsung enjin TGDI 1.5 Liter dihidupkan buat pertama kali dari kilang Ricardo di England.

Sebanyak enam varian enjin akan dibangunkan oleh Proton iaitu 1.0L 3-Cylinder VVT (Variable Valve Timing), 1.2L 3-Cylinder VVT, 1.3L 4-Cylinder GDI, 1.5L 4-Cylinder GDI, 1.3L 4-Cylinder TGDI dan 1.5L 4-Cylinder TGDI.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/108273#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.