Rabu, 20 Januari 2016

Rabu, Januari 20, 2016
Remaja 16 Tahun Maut Di Tikam | Remaja lelaki berusia 16 tahun mati akibat ditikam di dada dengan senjata tajam di Bandar Puteri Jaya, malam tadi.

Remaja 16 Tahun Maut Di Tikam

Kejadian berlaku kira-kira 9 malam di hadapan bangunan rumah kedai ketika mangsa, K Kishen berjalan sendirian sebelum dihalang oleh empat lelaki yang menaiki dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, sebaik menahan mangsa seorang daripada suspek bertindak menikam dada mangsa dengan senjata tajam lalu melarikan diri.

"Mangsa yang parah akibat ditikam sempat berlari sejauh lebih 30 meter hingga ke hadapan pasar raya mini sebelum rebah tidak sedarkan diri.

"Orang ramai yang melihat kejadian membantu lalu mengejarkannya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk rawatan, namun mangsa mati sebaik tiba di hospital," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/108718


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.