Khamis, 28 Januari 2016

Khamis, Januari 28, 2016
Remaja Hampir Di Rogol Di Denda Rm300 Kerana Pertahan Diri : Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol, semalam.

Remaja Hampir Di Rogol Di Denda Rm300 Kerana Pertahan Diri

Menurut laporan Local Denmark, remaja tersebut mendakwa seorang lelaki menyerangnya kira-kira jam 10 malam dan cuba membuka pakaiannya.

Perogol bagaimanapun melarikan diri selepas disembur dengan penyembur lada.

Jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).

Sementara itu, stesen TV tempatan, TV Syd pula memaklumkan orang awam yang mengetahui nasib malang remaja tersebut kemudian mula mengumpulkan dan untuk menolong remaja terbabit membayar denda.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/didenda-rm300-kerana-lawan-perogol-1.478433


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.