Isnin, 11 Januari 2016

Isnin, Januari 11, 2016
Rider Dakwa Jason Lim Memandu Secara Bahaya Punca Dia Di Ganggu | Polis berjaya menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes buli di jalanan seorang pengarah filem yang kini viral di laman sosial.

Rider Dakwa Jason Lim Memandu Secara Bahaya Punca Dia Di Ganggu

Kedua-dua suspek berusia 25 dan 21 tahun itu berjaya ditahan sepasukan polis sebelum di bawa ke Balai Polis Jinjang untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, ketika ditahan kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kejadian terbabit.

Siasatan awal mendapati, suspek bertindak demikian selepas mangsa dipercayai memandu laju secara merbahaya.

“Salah seorang suspek turut mendakwa, akibat kejadian itu, mereka hampir dilanggar oleh mangsa.

“Kedua-dua suspek itu kini ditahan di lokap Jinjang dan kita juga akan mendapatkan perintah tahanan reman esok,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, seorang pengarah filem berusia 29 tahun berdepan detik mencemaskan apabila tiba-tiba dikepung dua penunggang motosikal sebelum kereta yang dipandunya diketuk dan dikejar dalam kejadian di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Berikutan kejadian, mangsa seterusnya membuat laporan di balai polis berhampiran dan gerakan memburu kedua-dua suspek dijalankan selepas kisah dan gambar mereka tersebar di laman-laman sosial.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-ditahan-buli-pengarah-filem-1.178386#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.