Isnin, 11 Januari 2016

Isnin, Januari 11, 2016
Sultan Johor Derma RM50 Juta Untuk JDT | Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam ber­kenan mengurniakan sumba­ngan sebanyak RM50 juta kepada skuad Harimau Selatan berikutan pencapaian yang amat memberangsangkan pada musim lepas termasuk menjuarai Piala AFC.


Sultan Ibrahim membuat keputusan tersebut kerana baginda amat gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan bangsa Johor dan mengharumkan nama Johor di persada dunia.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim (Johor DT) menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kurniaan ayahandanya tersebut.

Perkembangan terbaharu itu dilaporkan oleh laman rasmi Facebook pasukan dari selatan tanah air itu, Johor Southern Tigers semalam.

Berita terbaharu mengenai sumbangan untuk pasukan JDT itu sekali gus merancakkan lagi pentas bola sepak tanah air selepas pengasas kosmetik Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida pada Jumaat lalu bersetuju memeterai perjanjian penajaan selama dua musim sebanyak RM20 juta kepada pasukan Kelantan.

Bagaimanapun, Vida menetapkan beberapa syarat sebelum menaja pasukan The Red Warriors antaranya Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat dengan warna merah jambu selain mahu Kelantan dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors bermula musim ini.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0111&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.