Jumaat, 1 Januari 2016

Jumaat, Januari 01, 2016
Wasiat Seorang Bilionair : Seorang bilionair terkenal Arab Saudi yang kini berusia 95 tahun meminta anggota keluarga dan sanak saudaranya supaya tidak meratap atau berduka cita apabila dia meninggal dunia.

Wasiat Seorang Bilionair

Alasannya, ia tidak digalakkan dalam Islam.

Abdul Aziz Al Rajhi, antara lelaki paling kaya di dunia Arab dan dermawan terkenal, menulis wasiat untuk keluarga dan saudaranya, meminta mereka melakukan empat perkara untuknya selepas kematiannya.

Pertama, mereka tidak boleh mengadakan sebarang majlis memperingatinya di rumah dan mengelak daripada menyiarkan ucapan takziah di media, lapor akhbar tempatan.

Abdul Aziz juga mahu mereka yang tidak dapat mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan supaya berdoa untuknya dan menggesa akhbar menyiarkan surat wasiat itu.

sumber
Mymetro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.