Selasa, 2 Februari 2016

Selasa, Februari 02, 2016
7 Fakta Yang Harus Anda Tahu Tentang Virus Zika : Malaysia telah mengeluarkan amaran kesihatan ke semua Klinik kesihatan awam dan swasta mengenai virus Zika.


Timbalan Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata kementerian memandang keadaan global dengan kebimbangan besar kerana kemungkinan bahawa penyakit bawaan nyamuk itu akan merebak di negara ini adalah tinggi.

7 Fakta Rakyat Malaysia Perlu Tahu Tentang Virus Zika

1. Disebarkan Melalui Gigitan Nyamuk

Virus Zika merebak melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti nyamuk yang sama yang juga menularkan virus demam berdarah, chikungunya dan demam kuning.

"Malaysia mempunyai nyamuk Aedes untuk membawa penyakit dan kepadatan nyamuk di sini adalah sangat tinggi," kata beliau dalam satu kenyataan pada 29 Januari lalu seperti dilaporkan portal New Straits Times Online.

2. Gejala Demam Denggi Berlarutan

Virus ini mampu memberi kesan yang teruk kepada setiap mangsa malah ia mampu membawa maut. Antara sintom mudah mengenali diri dijangkiti virus Zika apabila mengalami demam ringan, ruam, sakit sendi berlarutan selama 2 hari hingga seminggu.

3. Menyebabkan kecacatan janin, di mana bayi yang dilahirkan dengan kepala kecil.

Virus Zika dipercayai mampu memberi gangguan perkembangan otak dan menyebabkan bayi dilahirkan dalam keadaan cacat iaitu berkepala kecil.

Amerika Tengah dan Amerika Selatan menyaksikan lebih ramai bayi dilahirkan dengan kecacatan otak dan kepala mengecut.

7 Fakta Yang Harus Anda Tahu Tentang Virus Zika

4. Tiada Ubat atau Vaksin Virus Zika

Setakat ini, masih belum ada vaksin mahupun ubat untuk merawat atau mencegah penularan Virus ini. Oleh yang demikian, ibu hamil tidak digalakkan mengunjungi negara yang mempunyai wabak Zika.

5. Jauhi 22 Buah Negara Ini

Amerika Syarikat mengeluarkan larangan kunjungan ke 22 buah negara ini ekoran wabak Zika yang semakin menular.

Negara-negara tersebut adalah Bolivia, Guyana, Brazil, Colombia, El Salvador, French, Guina, Guatemala, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay, Suriname, Venezuela, Barbados, Saint Martin, Haiti, Martinique, Puerto Rico, Guadeloupe, Samoa, Cape Verde.

TERKINI : 23 buah negara telah dilaporkan telah diserang virus Zika.

6. Sejuta kes dilaporkan di Brazil, Dijangka Meningkat hingga 4 Juta.

Buat masa ini, hampir satu juta rakyat Brazil disahkan menghidapi Virus Zika. Kes 'microcephaly' pula melonjak naik dengan peningkatan wabak Zika. Malah dianggarkan angka ini bakal meningkat hingga 4 juta.

7. Jangan Leka, Ambil Langkah Pencegahan Dari Sekarang

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa peka dalam keadaan kesihatan dan persekitaran. Virus ini mampu memberi kesan teruk dalam jangka masa panjang jika tidak diatasi.

sumber
Ohmedia


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.