Isnin, 22 Februari 2016

Isnin, Februari 22, 2016
'ALLAH...ALLAH.. macam mana ni,' keluhan Ustaz Kazim Elias | Jadual pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang sangat padat, selain memaksa beliau menjelajah ke seluruh negara bagi memenuhi jemputan orang ramai dipercayai menjadi punca beliau terpaksa dimasukkan ke hospital.


Beliau yang dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim tetap memenuhi setiap undangan diterima semata-mata ingin bertemu orang ramai tanpa pernah mengadu penat.

Pegawai Khasnya, Rafi Rahman memberitahu, pendakwah itu memang sudah nampak kurang sihat dan wajahnya pucat, tetapi tetap mahu meneruskan ceramah di pekarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok, kelmarin.

Rafi berkata, Mohd Kazim memang begitu komited dengan urusan kerjanya meskipun terpaksa menahan kesakitan sebelum itu.

“Pagi ini (semalam), dia sudah boleh bercakap lebih jelas berbanding malam tadi (kelmarin) dan perkara yang diucapkannya, dia terkilan kerana tidak dapat menghabiskan ceramahnya.

“Ketika dalam perjalanan ke hospital pun dia kata ‘ALLAH, ALLAH macam mana ni’, tetapi saya pujuk, kesihatan dia lebih penting buat masa ini. Dia dah janji nak datang tetapi hanya dapat berceramah selama tujuh minit. Memang dia terkilan sangat,” katanya.

Malam kelmarin, Mohd Kazim dikejarkan ke HUSM selepas difahamkan terkena serangan jantung.

Mohd Kazim menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) jam 9.30 malam sebelum mengadu keletihan dan sakit dada.

Sementara itu Rafi berkata, keadaan pendakwah itu kini stabil, namun masih menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU), Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

“Doktor mahu memastikan dia mendapat rehat cukup kerana tubuhnya masih lemah. Rehat itu paling penting, kalau boleh sepanjang hari ini.

“Pihak perubatan juga mengesahkan terdapat otot di bahagian jantung beliau mengalami luka dan masih menjalankan diagnosis bagi mengetahui punca sebenar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HUSM Kubang Kerian, Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed berkata, pihak perubatan masih memantau keadaan penceramah tersohor itu.

“Setakat ini, hanya keluarga dibenarkan melawat dan atas nasihat pakar, beliau perlu berehat,” katanya.

Pegawai Khas Mohd. Kazim, Rafi Rahman berkata,  setakat ini doktor mengesahkan terdapat otot di bahagian jantung beliau mengalami luka.

"Pihak hospital masih menjalankan diagnosis lanjut bagi mengetahui punca sebenar.

"Beliau (Ustaz Kazim) sudah sedar pagi tadi dan boleh bercakap dengan jelas berbanding dengan keadaannya malam tadi namun masih dalam keadaan keletihan dan memerlukan banyak rehat" katanya kepada Sinar Harian.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/allah-macam-mana-ni-kata-ustaz-kazim-1.487589


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.