Khamis, 11 Februari 2016

Khamis, Februari 11, 2016
Amin Beyond Pernah Ramal Dirinya Bakal Mati Di Tembak : Amin Beyong, pengusahs restoran nasi kandar yang maut ditembak awal pagi tadi, Syed Amen Jainul Abidin, 46, seolah-olah sudah dapat merasakan tragedi yang bakal menimpanya.

Amin Beyond Pernah Ramal Dirinya Bakal Mati Di Tembak

Dalam satu status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya dengan nama pengedali 'Amin Beyond', Allahyarham yang merujuk satu kejadian tembakan, meramalkan perkara yang sama akan menimpanya satu hari nanti.

Status itu dimuat naik pada 4 Disember tahun lalu.

Melalui status berkenaan, Syed Amen turut meluahkan dia tidak takut dengan kemungkinan itu kerana ajal dan maut ditentukan Allah.

Gerak hati itu dirasakan Syed Amen memandangkan dia ada menerima ugutan akibat kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukannya.

Difahamkan, Syed Amen aktif sebagai seorang aktivis dan banyak membantu usaha mempertahankan hak kaum Melayu di Pulau Pinang.

Dia juga pernah dianugerahkan Anugerah Ikon Bumiputera pada tahun 2008.

Tinjauan di akaun Facebook berkenaan mendapati log in terakhir Syed Amen adalah sekitar jam 2 pagi tadi.

Dia sebelum ini menggegarkan negara dengan kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lepas, yang didakwanya tidak jujur dalam menjalankan tugas sehingga mendatangkan kesukaran buatnya.

Syed Amen ditembak mati ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz miliknya di George Town, kira-kira jam 3.30 pagi tadi di hadapan sebuah kedai pameran motosikal berkuasa tinggi.

 Kes kini sedang disiasat polis.

Via
Astro Awani


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.