Rabu, 10 Februari 2016

Rabu, Februari 10, 2016
Gambar Budak Lelaki 4 Tahun Putus Sebahagian Kaki Tersepit Escalator | Bapa kepada budak lelaki berusia empat tahun yang putus sebahagian kaki kiri akibat tersepit eskalator di KL Sentral, semalam akan berusaha sebaik mungkin supaya anaknya itu pulih dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Gambar Budak Lelaki 4 Tahun Putus Sebahagian Kaki Tersepit Escalator

Nasaruddin Mohd Idris,40, berkata, anak tunggalnya, Dzil Mikhail, kini semakin okay selepas dibedah.

Menceritakan kembali kejadian berkenaan, dia pada mulanya membawa anaknya itu bersiar-siar menaiki komuter sebelum kaki anaknya tersepit eskalator.

"Sempena cuti semalam saya bawa Mikhail berjalan-jalan tambahan pula dia memang suka menaiki 'train' (kereta api).

Gambar Budak Lelaki 4 Tahun Putus Sebahagian Kaki Tersepit Escalator

"Dia (Mikhail) sangat teruja, tetapi tak sangka malang menimpa anak tunggal lelaki saya ini," katanya ketika ditemui Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang tadi.

Katanya, ketika kejadian pada 3 petang itu, dia, isteri bersama anaknya sedang menuruni eskalator.

"Kejadian berlaku pantas, hanya beberapa saat menyebabkan saya dan isteri terkejut melihat kaki anak tersepit sebelum cuba untuk mengeluarkan kakinya.

"Dalam keadaan panik itu, dua anggota polis bantuan tiba dan orang ramai turut membantu sebelum kaki Mikhail dapat dikeluarkan," katanya.

Gambar Budak Lelaki 4 Tahun Putus Sebahagian Kaki Tersepit Escalator

Bagaimananapun, Nasaruddin berkata, sebahagian kaki kiri anaknya terputus dan dia segera membawa anaknya itu ke HKL.

Katanya, Mikhail dibedah di bahagian kaki kirinya yang terputus selama dua jam.

"Bahagian yang terputus tidak boleh disambung. Kemungkinan akan ada pembedahan kedua bagi memulihkan kakinya itu.

“Doktor akan membuat penstrukturan semula di bahagian kaki yang terputus bagi membolehkan Mikhail berjalan dengan seimbang," katanya.

Gambar Budak Lelaki 4 Tahun Putus Sebahagian Kaki Tersepit Escalator

Nasaruddin berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian termasuklah kemungkinan ada masalah teknikal pada eskalator berkenaan.

Katanya, dia juga membuat laporan polis di Balai Polis Travers untuk tindakan lanjut.

Semalam, bomba menerima panggilan melaporkan kaki budak lelaki berusia empat tahun tersepit di eskalator.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail dipetik berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan bangunan untuk mencari bahagian kaki yang terputus pada 5.43 petang.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang turun dari tingkat satu menggunakan eskalator berkenaan.

Gambar Budak Lelaki 4 Tahun Putus Sebahagian Kaki Tersepit Escalator

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan bangunan untuk mencari bahagian kaki yang terputus pada 5.43 petang.

"Kaki kanak kanak terbabit tersepit antara panel besi dan tangga. Dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dikeluarkan dari eskalator.

"Kami menerima panggilan meminta membantu mencari sebahagian pergelangan kaki yang putus sebelum ditemui pada 6.30 petang dan diserahkan kepada HKL," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/113620#sthash.CEGm1YpW.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.