Rabu, 10 Februari 2016

Rabu, Februari 10, 2016
[Gambar] Paus Sesat Akhirnya Mati Di Batu Pahat | Seekor ikan paus ditemui mati di pesisir Pantai Sarang Buaya, Semerah dekat Batu Pahat, petang Selasa.

[Gambar] Paus Sesat Akhirnya Mati Di Batu Pahat

Menurut Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat, Lt Komander Maritim, Muhammad Zulkarnain Abdullah, ikan paus tersebut ditemui oleh nelayan sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

"APMM menerima laporan pada 4.47 petang tadi. Sebuah bot kilat 47 bersama empat anggota APMM kemudian dihantar ke lokasi terbabit bagi bantuan menyelamat, namun, ikan itu didapati telah mati," katanya menerusi kenyataan.

[Gambar] Paus Sesat Akhirnya Mati Di Batu Pahat

Muhammad Zulkarnain berkata, usaha untuk menarik bangkai ikan paus tersebut masih gagal sehingga 9 malam Selasas kerana faktor air surut dan ia akan disambung pagi Rabu.

Pada Isnin, seekor ikan paus sepanjang 20 meter dan seberat empat tan ditemui di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, dekat Pontian dan haiwan itu kemudian berjaya ditarik ke laut.

[Gambar] Paus Sesat Akhirnya Mati Di Batu Pahat

Bagaimanapun, buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada haiwan yang ditemukan mati di Pantai Sarang Buaya terbabit adalah ikan paus yang sama ditemukan di Pantai Rambah. - Bernama

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/02/09/ikan-paus-ditemui-mati/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.