Selasa, 2 Februari 2016

Selasa, Februari 02, 2016
Jabatan Meterologi Nafi Suhu Sejuk Bakal Melanda Malaysia | Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan berita kononnya suhu sejuk mencecah 20 darjah celsius akan melanda negara, terutamanya di Kelantan dan Perak sepanjang bulan ini.

Jabatan Meterologi Nafi Suhu Sejuk Bakal Melanda Malaysia

Menurut kenyataan media MetMalaysia pada Isnin, berdasarkan pada suhu minimum dialami negara sepanjang bulan lepas, keadaan suhu sepanjang bulan ini dijangka tidak akan turun ke 20 darjah celsius.

"MetMalaysia menjangkakan keadaan sama akan berlarutan sehingga bulan Jun.

"Sehubungan itu suhu minimum dijangka tidak akan menurun ke 20 darjah celsius sepanjang Februari 2016 seperti yang dilaporkan dalam akhbar," kata  kenyataan itu.

Menurut jabatan itu, suhu Malaysia yang beriklim tropika secara amnya adalah antara 22 darjah celsius sebelah subuh dan 35 darjah celsius pada lewat petang.

"Secara amnya suhu minimum pada bulan lepas (Januari) didapati lebih panas dari biasa antara satu hingga dua darjah celsius.

"Malah, suhu terendah pada bulan lepas adalah lebih tinggi dari rekod suhu terendah jangka panjang bagi bulan itu," menurut kenyataan itu.

Jabatan itu menyatakan peningkatan tersebut selari dengan jangkaan awal kesan fenomena El Nino kuat yang menyebabkan peningkatan suhu antara 1.5 hingga 2.0 darjah celsius.

MetMalaysia sentiasa memantau perkembangan, dan sebarang maklumat terkini boleh diperolehi melalui talian hotline 1-300-22-1638 atau menerusi laman sesawang dan media sosial rasmi.

Sebuah akhbar pada Isnin melaporkan Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan dan Perak dijangka menikmati cuaca sejuk dan nyaman apabila suhu dijangka turun hingga ke 20 darjah celsius sepanjang Februari.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/02/01/meteorologi-nafi-negara-dilanda-cuaca-sejuk/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.