Sabtu, 13 Februari 2016

Sabtu, Februari 13, 2016
“Mama, kaki dah rosak” - Luahan Sayu Adik Dzil Mikhail | “Mama, kaki dah rosak.” Itu kata pertama Dzil Mikhail Nasaruddin kepada ibunya sebaik sedarkan diri di hospital.

“Mama, kaki dah rosak” - Luahan Sayu Adik Dzil Mikhail

Tapak kaki kiri Dzil Mikhail terputus selepas tersepit pada tangga eskalator dalam satu kejadian di KL Sentral pada Isnin lalu.

Ibunya, Nahzatul Syima Mustaffa, 31, berkata: "Saya fikir Mika tahu apa yang terjadi selepas melihat keadaan kakinya."

Keluarga tersebut membeli tiket kereta api dan begitu teruja untuk menggunakan perkhidmatan awam tersebut di stesen KL Sentral. Namun tragedi hitam menimpa mereka.

Keluarga kanak-kanak lelaki itu berhasrat untuk menaiki kereta api pertama pada hari pertama cuti sambutan Tahun Baru Cina.

"Kami fikir keadaan kurang sesak kerana musim cuti. Namun apa yang menimpa satu-satunya cucu saya adalah video yang paling menyayat hati pernah saya tonton di YouTube," kata datuk kepada kanak-kanak itu, Mustaffa Abd Kadir, 56.

Namun, kanak-kanak itu tidak begitu mengendahkan kehadiran tetamu di wadnya kerana dia begitu asyik menonton kartun kegemarannya di iPad.

"Saya terkejut melihat Mika apabila kakinya tersangkut di eskalator. Pada mulanya saya fikir ia hanya seluarnya. Saya terkejut apabila melihat kakinya terperangkap di dalam eskalator itu," kata ibunya.

Jeritan Nahzatul mengejutkan suaminya. Tanpa berfikir panjang, Nasaruddin Mohd Idris, 40, menarik kaki anaknya dari eskalator yang bergerak itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang melawat kanak-kanak itu di Hospital Kuala Lumpur menasihati ibu bapa supaya tidak menyalahkan diri sendiri di atas kejadian yang tidak diingini dan ahli keluarga digesa mendapatkan khidmat kaunseling.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/02/13/mama-kaki-dah-rosak/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.