Khamis, 11 Februari 2016

Khamis, Februari 11, 2016
Mekanik Muda Ini Maut,Putus Tangan Kerana Sikap Pemandu "Gila" | Mekanik maut dan putus tangan kanan selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Besar Palong 7&8, berhampiran FELDA Palong 8, malam tadi.

Mekanik Maut Kerana Pemandu "Gila"

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, dalam kejadian 8.50 malam itu, mangsa, Mohd Firdaus Othman menunggang motosikal dari FELDA Palong Lapan untuk pulang ke rumah di FELDA Palong Empat.

Katanya, dalam perjalanan itu kereta Toyota Altis dari Muadzam Shah yang berada di laluan bertentangan memotong beberapa kenderaan di hadapan dan memasuki laluan berbeza.

"Kereta terbabit tidak sempat masuk ke laluan asal dan merempuh motosikal mangsa.

"Mangsa tercampak sejauh tujuh meter di atas jalan dan dilenyek kereta Proton Wira.

"Akibatnya, Mohd Firdaus maut di lokasi dan putus tangan kanan," katanya.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Jempol, di sini untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan1987.

#Pemandu Malaysia kini semakin gila....gila bila pegang steering...gila bila bawa motor...minta JPJ dan PDRM kaji semula undang2 untuk mendidik sikap pemandu agar lebih tenang dan lebih bersopan bila dijalanraya. Ingatlah semua....bukan kita sorang je yg nak cepat!!!!

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/114122


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.