Sabtu, 13 Februari 2016

Sabtu, Februari 13, 2016
Messi Bida Harga Kereta Termahal Di Dunia | Pemain bola sepak terbaik dunia, Lionel Messi dilaporkan menjadi pembeli misteri yang membayar £25 juta (RM151 juta) untuk memiliki kereta termahal dunia.


Bintang Barcelona dan Argentina itu didakwa menewaskan musuh tradisinya, Christiano Ronaldo untuk memiliki Ferrari 335 S Spipder Scaglietti apabila membeli kereta berkenaan dalam satu lelongan di Artcurial di Paris, Perancis, minggu lalu.

Menurut New York Daily News, satu kenyataan akhbar dari pengendali lelongan itu mendedahkan, pemain bola sepak berusia 28 tahun itu melakukan bidaan tertinggi.

Atlet itu seolah-olah mengesahkan laporan itu atau mungkin menjadikannya bahan gurauan apabila menyiarkan gambarnya memegang kereta mainan dengan kata-kata ‘Kereta baru saya’ di laman Instagramnya.

Ia bukan pertama kali kedua pemain terbaik dunia itu bersaing sengit. Bulan lalu, Messi mengatasi Ronaldo sekali lagi apabila menerima anugerah berprestij Ballon D’or- pengiktirafan kerana menjadi pemain terbaik dunia di satu majlis di Zurich.

Ia tahun kelapan berturut-turut kedua pemain itu bersaing untuk meraih anugerah berkenaan.

Mereka juga sering bersaing untuk menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang musim dalam liga Sepanyol. Ketika ini, Ronaldo mendahului dengan 88 gol. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/114648#sthash.ZVOaOwRI.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.