Jumaat, 12 Februari 2016

Jumaat, Februari 12, 2016
1
Monyet Kecil Jadi Hadiah Paling Bernilai di China,ok | Golongan kaya di China kini mempunyai satu lagi trend yang pelik dan keterlaluan - membela monyet bersaiz ibu jari manusia.

Monyet Kecil Jadi Hadiah Paling Bernilai di China

Ia dianggap hadiah paling sempurna untuk menyambut Tahun Monyet walaupun kejam dan salah di sisi undang-undang.

Monyet terkecil dunia, pigmi marmoset itu berasal dari hutan Amazon, Amerika Selatan.

Haiwan itu kini dijual dengan harga sehingga 30,000 yuan (RM18,900) secara haram dan popular dalam kalangan golongan elit.

Akhbar People’s Daily melaporkan, haiwan kecil itu digelar ‘monyet ibu jari’ dan kini menggantikan cincin berlian menghiasi jari segelintir orang kaya.

Di Weibo, seorang pemilik kedai emas dikenali sebagai Chen menayangkan aksesori terbarunya itu kepada kawan-kawannya.

“Apalah sangat harimau bintang putih dan burung berkepala merah sebagai hadiah Tahun Baru. Mari saya perkenalkan Xiao Shen,” katanya.

Menurutnya, Xiao Shen berharaga 30,000 yuan dan dia tidak langsung menunjukkan rasa bersalah menggunakan seekor haiwan kecil sebagai barang hiasan.

Seorang pakar berkata: “Membeli dan menjual (haiwan itu) sudah pasti salah di sisi undang-undang. Lebih daripada satu badan kerajaan kini memantau trend itu.”

Memandangkan marmoset haiwan asing, isu kuarantin juga perlu difikirkan, namun buat masa ini haiwan seperti itu menjadi buruan golongan kaya baru. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/114307#


1 comments:

  1. Baru je belajar ttg haiwN ini dgn menonton go diego go bersama anak2

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.