Rabu, 3 Februari 2016

Rabu, Februari 03, 2016
Punca Sebenar Mukhriz Letak Jawatan MB Kedah Di Dedah| Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu mengumum melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kedah.


Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya pada sidang media.

Mukhriz berkata, jawatan menteri besar diambil oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Bagaimanapun beliau menegaskan tetap setia kepada Umno walaupun tanpa sebarang jawatan.

Mengenai jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, beliau menyerahkan perkara itu kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya beliau juga telah menolak tawaran untuk menjadi timbalan menteri yang ditawarkan oleh Najib.

"Saya akan terus lantang bersuara. Umno perlu menjalani transformasi drastik," katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz turut mengumumkan perletakan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Mukhriz berkata beliau tidak memaklumkan kepada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai keputusannya untuk meletak jawatan.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/02/03/mukhriz-letak-jawatan-mb/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.