Sabtu, 13 Februari 2016

Sabtu, Februari 13, 2016
Pusat Maksiat Terbesar Indonesia Bakal Di Tutup, Gabenor Terima Ancaman Bunuh | Kalijodo yang sememangnya dikenali sebagai kawasan kegiatan maksiat di bandar raya ini bakal ditutup tidak lama lagi.

Pusat Maksiat Terbesar Indonesia Bakal Di Tutup, Gabenor Terima Ancaman Bunuh

Itulah azam Gabenor bandar raya ini, Basuki Tjahaha Purnama atau lebih mesra dengan panggilan Ahok itu.

Setakat ini, perbincangan dengan pegawai daerah Jakarta Utara dan Jakarta Barat untuk mengeluarkan surat peringatan kepada pengusaha di kawasan berkenaan mengenai cadangan menutupnya sudah diadakan.

“Kami juga meminta bantuan polis dan tentera untuk melancarkan rancangan berkenaan,” katanya.

Mengikur perancangan, Ahok berhasrat menggantikan kawasan hiburan Kalijodo dengan taman.

Hasrat menutup kawasan yang terkenal kerana aktiviti maksiat itu timbul semula selepas kemalangan minggu lalu yang menyebabkan empat orang terbunuh selepas seorang pemandu yang mabuk Riku Agung Prasetio, 24, merempuh mereka.

Riku dikatakan memandu keretanya untuk pulang selepas minum arak dan berpeleseran di Kalijodo.

Bagaimanapun, setakat ini, rancangan itu mendapat tentangan sebahagian penghuni Kalijodo yang terdiri daripada ratusan pelacur, pemilik rumah pelacuran dan penjenayah.

Malahan, ada di kalangan mereka yang cuba mengugut Ahok untuk menakut-nakutkan pemimpin muda itu.

Mengulas mengenai ancaman itu, Ahok berkata, dia tidak gentar berdepan dengan penjenayah di situ.

“Jika ada 100 daripada mereka, kita akan bawa 100 polis lengkap bersenjata.

“Kalau perlu, kita bawa sekali kereta kebal untuk menutup Kalijodo," katanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/02/13/ahok-roboh-kalijodo/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.