Khamis, 18 Februari 2016

Khamis, Februari 18, 2016
Yatt Hamzah Mula Edar Kad Jemputan Kahwin | Desas-desus berita perkahwinan pengacara Yatt Hamzah terjawab apabila pelakon wanita itu telah menghantar kad jemputan nikahnya pada petang Rabu.


Dalam jemputan berkenaan, Yatt Hamzah, 36, mengesahkan akan berkahwin dengan individu bernama Mohammad Zulfadhli Khiruddin pada 27 Februari ini.

Majlis akad nikah akan berlangsung di Shah Alam, kira-kira pukul 8 pagi sementara jamuan untuk tetamu akan diadakan pada 12 tengah hari.

Katanya, majlis tersebut serentak dengan hari lahir puteri kesayangannya Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang berusia 6 tahun.

Yatt Hamzah Mula Edar Kad Jemputan Kahwin

Yatt sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor, 36, pada 29 Mac 2009, namun bercerai talak satu pada 25 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/02/17/yatt-kahwin/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.