Khamis, 10 Mac 2016

Khamis, Mac 10, 2016
Aduan Guru Lumur Makanan Ke Muka Murid OKU DiSiasat : Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan menyiasat kes seorang murid OKU yang dilumur mukanya dengan makanan di kantin sebuah sekolah di Sikamat.

Aduan Guru Lumur Makanan Ke Muka Murid OKU DiSiasat

Pengarahnya, Rusni Ab Jalil, berkata, pihaknya akan menyiasat kes tersebut secara terperinci dan tindakan akan diambil sekiranya benar berlaku.

“Kita masih menyiasat kes ini dan tindakan akan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya ringkas di sini, hari ini.

Aduan Guru Lumur Makanan Ke Muka Murid OKU DiSiasat

Semalam, seorang ibu kepada murid OKU yang mengalami masalah autisme mendakwa guru sekolah tersebut melumurkan makanan di muka anaknya di hadapan murid lain di sekolah.

Ibu murid tersebut mendakwa guru berbuat demikian kerana mahu mendisiplinkan anaknya berikutan lambat menghabiskan makanan pada waktu rehat.

Aduan Guru Lumur Makanan Ke Muka Murid OKU DiSiasat

Luahan hati ibu tersebut mendapat simpati netizen dan menjadi viral di laman Facebook.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/jabatan-pendidikan-siasat-guru-dera-murid-oku-1.495247


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.