Khamis, 24 Mac 2016

Khamis, Mac 24, 2016
Bekas Pegawai KBS Direman 7 Hari : Bekas pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ditahan reman tujuh hari bermula hari ini sehingga 30 Mac bagi membantu siasatan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.

Bekas Pegawai KBS Direman 7 Hari

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang semalam.

Pada masa sama, tiga individu membabitkan setiausaha bahagian Kementerian Belia dan Sukan serta dua kontraktor disambung reman tujuh hari bermula hari ini sehingga 30 Mac bagi membantu siasatan SPRM.

Selain itu, tiga lagi individu termasuk seorang wanita yang sebelum ini direman turut dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Dalam pada itu, SPRM akan membawa tiga lagi individu ke mahkamah esok.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/125145?m=1#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.