Ahad, 6 Mac 2016

Ahad, Mac 06, 2016
Guru Bagi RM2 Selepas Belasah Murid | Seorang murid sekolah rendah mendakwa dipukul oleh gurunya dan kemudian diberikan RM2 supaya menutup mulut.


Murid Tahun Enam, Khairul Najwan Jamsari, 12, berkata, dia dicekik, ditumbuk dan dipijak kerana lewat ke sekolah dan menggunakan basikal yang diubah suai.

Katanya dia terlewat beberapa minit ke sekolah di Tikam Batu dekat Sungai Petani pada pagi Rabu dan telah ditangkap oleh guru terbabit yang merupakan pembantu kanan hal ehwal murid.

"Guru itu memberitahu saya hendal basikal yang diubahsuai adalah melanggari peraturan sekolah. Beliau kemudian memegang leher, menumbuk saya dan memijak saya selepas saya jatuh," kata Khairul Najwan ketika sidang akhbar yang dianjurkan aktivis sosial, Nor Hasni Saad semalam.

"Beberapa guru yang melihat insiden itu memberikan saya makanan dan menasihatkan saya untuk memohon maaf kepada guru itu.

"Selepas saya meminta maaf, dia menghulurkan dua keping wang kertas RM1 dan memberitahu saya supaya berdiam diri mengenai kejadian itu," katanya, sambil menambah bahawa dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

Jamsari Mohammad Hassan, juruelektrik berusia 46 tahun, berkata leher serta bahagian kaki anaknya lebam manakala mukanya bengkak akibat dipukul.

"Saya berada di Kuala Lumpur apabila isteri saya memberitahu saya tentang perkara ini. Saya menghubungi pejabat sekolah untuk mendapatkan penjelasan tetapi tidak boleh mendapatkan jawapan yang munasabah.

Guru Bagi RM2 Selepas Belasah Murid

"Kemudian saya dihubungi penolong kanan dan beliau berkata anak saya dipukul kerana dia menunggang basikal dengan hendal yang diubahsuai ke sekolah," kata Jamsari.

Jamsari berkata dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di Sungai Petani dan juga membawa Khairul Najwan untuk rawatan perubatan.

Dia berkata anaknya kini takut untuk pergi ke sekolah dan menggesa Jabatan Pendidikan Negeri untuk menyiasat perkara itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/03/06/guru-bagi-rm2-selepas-pukul-pelajar/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.