Selasa, 15 Mac 2016

Selasa, Mac 15, 2016
Pemandu Treler Rempuh Kereta Dikenal Pasti | Polis telah mengenal pasti pemilik sebuah treler yang dipercayai me­rempuh dan mengheret le­bih 15 buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) malam kelmarin.

Pemandu Treler Rempuh Kereta Dikenal Pasti

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, siasatan awal mendapati treler sepanjang 40 kaki (12 meter) tanpa muatan itu berpendaftaran di luar Melaka dan merupakan milik sebuah syarikat dari Kedah.

Menurutnya, pihak polis telah mengesan nombor pendaftaran kenderan ter­babit dan akan memanggil pemandunya dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, pemandu treler berkenaan difahamkan hilang sabar selepas penonton yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong meletakkan ken­deraan di tepi jalan sehingga menghalang lalu lintas.

Perlawanan tersebut melibatkan pasukan Johor DT (JDT) dan PDRM.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.