Isnin, 28 Mac 2016

Isnin, Mac 28, 2016
Potong Lidah, Ibu Mahu Tukar Sekolah Anak | Ibu kepada murid yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri dalam kejadian buli di sebuah sekolah di sini, Khamis lalu, mahu anaknya itu ditukarkan ke sekolah lain dengan segera.

Potong Lidah, Ibu Mahu Tukar Sekolah Anak

Siti Nurhuda Ibrahim, 29, berkata dia serik dan mahu kejadian hitam yang menimpa anaknya Muhammaf Alif Shukran Alias, 8, tidak berulang.

"Saya mahu menukarkan dia ke sekolah lain kerana tidak mahu dia dibuli lagi," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Siti Nurhuda berkata, polis juga telah mengambil semula keterangannya hari ini, berhubung siasatan kes berkenaan. Beliau berharap polis dapat menyelesaikan segera kes tersebut supaya ia tidak berlaku ke atas murid lain.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan memberi khidmat kaunseling kepada Muhammad Alif Shukran.

Pengarahnya, Zainureen Mohd Noor berkata, ia bagi memulihkan semangat murid tahun dua itu untuk terus bersekolah dan belajar.

"Di samping itu, pihak jabatan pendidikan juga sedang giat melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti murid yang terlibat dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Khamis lalu, Muhammad Alif Shukran mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid tahun tiga dari sekolah yang sama.

Berikutan kejadian itu, lidah mangsa putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan. - Bernama

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/125796#sthash.0lzOcHQN.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.