Khamis, 10 Mac 2016

Khamis, Mac 10, 2016
Remaja 19 Tahun Patah Pergelangan Tangan Di Hempap Mesin Cetak | Seorang remaja lelaki patah pergelangan tangan kanan selepas tersepit pada mesin pencetak plat dalam kejadian di Taman Perindustrian Kepong, petang Rabu.

Remaja 19 Tahun Patah Pergelangan Tangan Di Hempap Mesin Cetak

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohamed Sabri A Shamsudeen berkata, dalam kejadian 5 petang itu, tangan mangsa Muhammad Hafiz Muhamad Azhar, 19, berjaya dikeluarkan dengan menggunakan sebuah peralatan khas.

"Anggota bomba terpaksa menggunakan 'hydraulic ram' untuk merenggangkan mesin tersebut sebelum tangan mangsa dapat dikeluarkan sepenuhnya," kata beliau kepada Bernama.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 5.11 petang, sebelum tujuh pegawai dan anggota serta lima jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Mangsa yang patah pergelangan tangan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan, katanya. - Bernama

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/03/09/tangan-tersepit/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.