Selasa, 22 Mac 2016

Selasa, Mac 22, 2016
Tayang Pinggang Saiz Kertas A4 Kegilaan Baru Netizen China | Kegilaan mengenai kecantikan di kalangan wanita mahupun lelaki menyaksikan perkembangan terbaharu di China apabila mereka bermegah  menyiarkan gambar pinggang yang disembunyikan dibelakang kertas A4, dipegang secara menegak.

Tayang Pinggang Saiz Kertas A4 Kegilaan Baru Netizen China

Untuk melayakkan 'menyertai' fenomena itu, pinggang anda mestilah disembunyikan sepenuhnya dibelakang kertas itu.

Sekeping kertas A4 berukuran 21cm X 29.7cm. Namun memegang kerkas itu secara melintang adalah tidak dibenarkan.

Dengan hashtag #A4Waist, trend itu menarik perhatian beratus-ratus gambar dan beribu-ribu komen di Weibo (media sosial yang terkenal di China) dan rangkaian media sosial yang lain.

Trend bentuk pinggang yang terlalu ramping di kalangan wanita dikritik banyak pihak kerana boleh mengganggu masalah kesihatan.

Ada di kalangan netizen menyifatkan trend 'pinggang A4' sebagai tindakan bodoh.

"Badan tidak memerlukan mata untuk merenung mereka," Zheng Churan menulis di atas sekeping kertas A4 secara melintang dan diletakkan di bahagian pinggangnya.

"Saya suka lemak di pinggang saya," tulis Zheng Churan.

"Saya mendapati ia benar-benar bodoh," kata He Xiaobin, senior editor fesyen majalah GQ edisi China menerusi temu bual telefon.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/03/20/netizen-china-tayang-pinggang-saiz-kertas-a4/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.