Selasa, 8 Mac 2016

Selasa, Mac 08, 2016
Tok Yie Mengamuk Di Balai Polis, Bawak Kawan & Parang | Seorang anggota bertugas di pejabat pertanyaan Balai‎ Polis Bukit Payong di sini, berdepan detik mencemaskan apabila seorang lelaki dikenali sebagai ‘tok yie’ secara tiba-tiba naik angin di balai polis berkenaan.

Tok Yie Mengamuk Di Balai Polis, Bawak Kawan & Parang

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu, lelaki yang berusia 29 tahun yang datang bersama seorang rakannya itu terlebih dahulu meminta izin untuk tidur di balai polis berkenaan dengan alasan keselamatan dirinya terancam.

Namun suspek yang menggunakan nama "Ayie Lanun" di laman sosial Facebook, secara tiba-tiba naik angin dan dalam masa yang sama turut memaki hamun anggota bertugas dengan mengeluarkan kata-kata kesat sambil membuat rakaman video menggunakan telefon bimbitnya.

Keadaan kemudiannya menjadi agak tegang apabila suspek mengugut untuk melemparkan kerusi ke arah anggota terbabit namun tidak berbuat sedemikian sambil anggota polis itu cuba menenang suspek.

Dia yang tidak mengendahkan pujukan itu kemudiannya mengarahkan anggota terbabit untuk menghubungi ketua balai berkenaan kerana suspek mahu berjumpa tetapi berubah fikiran lalu beredar dari balai polis berkenaan.

Tidak lama kemudian, kira-kira jam 7.20 pagi, suspek datang semula ke balai berkenaan bersama empat rakannya dan lebih mengejutkan mereka dikatakan membawa parang.

Berikutan itu, sekumpulan anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang bertindak menahan kelima-lima suspek termasuk merampas sebilah parang yang dikatakan diletakkan di atas lantai.

Sementara itu, Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika ditemui mengesahkan pihaknya menerima laporan dan kelima-lima suspek berumur 22 hingga 41 tahun itu kini ditahan.

“Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.



Apa kes ni mengamuk kat balai polis. "Babi mu polis" "bawa mari pistol". Respect kat brader polis tu tenang je.
Posted by Video Viral on Sunday, 6 March 2016


sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/tok-yie-mengamuk-di-balai-polis-1.494108


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.