Selasa, 12 April 2016

Selasa, April 12, 2016
Adam Norrodin Perlu Ambil SPM | Walaupun pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin dilihat mempunyai potensi besar untuk maju dalam Kejuaraan Motosikal Dunia, namun bapanya, Mohd. Norrodin Jalil mengakui, beliau sebenarnya memasang hasrat untuk melihat anaknya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Adam Norrodin Perlu Ambil SPM

Adam, 17, yang mencuri tumpuan dunia selepas hampir menaiki podium sebelum terjatuh menuju garisan penamat di Argentina minggu lalu sepatutnya mengambil SPM tahun lalu.

Namun, dia terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana menghabiskan banyak masa dengan menyertai perlumbaan di Sepanyol.

Pengorbanan yang dilakukan pelumba Drive M7 SIC Racing Team itu berbaloi apabila dia semakin menyerlahkan potensinya, malah menempatkan diri di kedudukan keenam kelayakan Grand Prix Amerika di Austin, Texas, Sabtu lalu.

Namun sebagai bapa, Norrodin mengakui, beliau mahu melihat putera ketiganya berjaya dalam pelajaran dan juga karier.

Begitupun katanya, sebagai pelumba motosikal, anaknya tidak memiliki kelebihan untuk menempatkan diri dalam sistem sekolah sukan di negara ini.

“Ketiadaan keistimewaan itu menyebabkan saya sebagai bapa berdepan kesukaran untuk menjelaskan kepada pihak sekolah tentang kekerapan Adam tidak dapat hadir ke sekolah.

“Jika di sekolah sukan, keadaan berbeza berbanding sekolah harian biasa, kerana jadual pembelajaran yang berbeza untuk atlet.

“Malangnya anak saya tidak memiliki kelebihan itu kerana sukan lumba motosikal tidak berada dalam senarai sukan berprestasi tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Norrodin berkata, anaknya seolah-olah menerima layanan ‘double-standard’ sedangkan dia juga membawa nama Malaysia dalam kejuaraan dunia.

“Adam bukan sahaja mengorbankan masa depannya dengan tidak mengambil SPM, malah nyawa turut dipertaruhkan,” tegasnya.

Mungkin sudah tiba masanya Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelajaran duduk berbincang bagaimana hendak membantu pelumba muda negara menguruskan akademik mereka dengan lebih teratur.

sumber
http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-motorsikal/adam-perlu-ambil-spm-1.244475


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.