Rabu, 13 April 2016

Rabu, April 13, 2016
Ahli Sukan MMA Maut Setelah Terkena Pukulan K.O : Badan induk seni bela diri pelbagai (MMA) berkata, atlet Portugal berusia 28 tahun meninggal dunia selepas menerima rawatan kecemasan selepas pertarungan di Dublin.

Ahli Sukan MMA Maut Setelah Terkena Pukulan K.O

Total Extreme Fighting (TEF) hari ini berkata, bahawa Joao Carvalho meninggal dunia selepas dua hari mendapat rawatan.

Dia dimasukkan ke hospital selepas kalah pada pusingan ketiga saingan welterweight berdepan Charlie Ward di Stadium National dekat Dublin Sabtu lalu.

CEO TEF, Cesar Silva berkata badan induk itu melahirkan "ucapan takziah kepada keluarga Joao Carvalho dan rakan sepasukan Team Nobrega.

Ingatan dan doa kami sentiasa bersama mereka." TEF berkata dalam satu kenyataannya bahawa Carvalho menerima rawatan oleh doktor dan pegawai perubatan di gelanggang "sebagai prosedur normal" selepas pertarungan itu dan kemudian dihantar ke hospital.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/143168?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.