Rabu, 13 April 2016

Rabu, April 13, 2016
Api Misteri Makin Menjadi-Jadi | Kejadian api misteri yang mengganggu sebuah keluarga di Taman Rima Gamelan, Bercham di Ipoh semakin membimbangkan kejiranan di kawasan berkenaan apabila mula merebak ke rumah penduduk lain.

Api Misteri Makin Menjadi-Jadi

Dalam kejadian terbaharu semalam, sebuah kotak fius di salah sebuah rumah penduduk di situ menjadi sasaran apabila dipercayai terbakar secara tiba-tiba.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu mengejutkan penghuni rumah berkenaan, S. Ratha, 40, apabila dia mendengar bunyi letupan di luar rumahnya.

Menurut Ratha, dia yang merasa cemas keluar rumah sebelum terlihat percikan api pada kotak suis itu.

“Saya merasa pelik bagaimana kotak fius rumah boleh terbakar secara tiba-tiba.

“Mujurlah kebakaran tidak merebak ke bahagian lain dan api berjaya dipadamkan bomba yang tiba kemudian,” ujarnya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.