Ahad, 17 April 2016

Ahad, April 17, 2016
Banduan Maut Gaduh Dalam Penjara | Banduan lelaki berusia 20-an maut selepas dipercayai ditikam dua banduan lain di Penjara Sungai Buloh, 12.30 tengah hari semalam.

Banduan Maut Gaduh Dalam Penjara

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Rozi Jidin, berkata siasatan awal mendapati mangsa ditikam menggunakan senjata tajam.

"Mangsa ditikam di belakang oleh dua suspek. Punca kejadian dipercayai membabitkan pergaduhan dua kumpulan dalam penjara," katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mohd Rozi berkata mangsa sebelum ini dimasukkan ke penjara atas jenayah culik dilakukan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/131047


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.