Khamis, 14 April 2016

Khamis, April 14, 2016
Budak Maut Lemas Dalam Baldi | Seorang budak lelaki berusia dua tahun maut setelah lemas dipercayai terjatuh ke dalam baldi berisi air di rumah keluarganya di Bukit Pasir di Muar semalam.

Budak Maut Lemas Dalam Baldi

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, Muhammad Umair Zaheen Md. Zamri ditemui dalam keadaan tertonggeng dengan kepala dan separuh badannya berada di dalam sebuah baldi di bilik air.

Kejadian tersebut disedari oleh bapa kanak-kanak itu setelah terjaga daripada tidur apabila mendapati, anak bongsu daripada tiga beradik berkenaan tiada di atas katil seperti biasa.

Seorang saudara terdekat mangsa yang enggan dikenali berkata, dia mengetahui kejadian itu pada pukul 6.30 pagi sebelum bergegas ke rumah mangsa untuk mengetahui keadaan sebenar.

Ketika kejadian, menurutnya, Muhammad Umair dan dua abangnya sedang tidur bersama bapa mereka di dalam bilik, manakala ibu mangsa bekerja syif malam di sebuah kilang.

“Kali terakhir bapanya yang bekerja di kedai makan melihat arwah adalah ketika memberi susu pada malam sebelum kejadian,” katanya.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.