Rabu, 13 April 2016

Rabu, April 13, 2016
Gambar 18 Tentera Filifina Maut Di Serang Militan Abu Sayyaf | Sekurang-kurangnya 18 tentera dan lima militan terkorban dalam pertempuran selama 10 jam antara pasukan keselamatan Filipina dan kumpulan Abu Sayyaf di Basilan, selatan Filipina pada Sabtu lepas.

Gambar 18 Tentera Filifina Maut Di Serang Militan Abu Sayyaf

Media tempatan yang memetik jurucakap tentera Mejar Felemon Tan, melaporkan, selain kira-kira 50 tentera cedera, salah seorang militan yang terbunuh ialah warga Maghribi, Mohammad Khatfab.

Anak lelaki seorang pemimpin tertinggi Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, turut terbunuh dalam pertempuran itu.

Sementara itu, The Philippine Daily Inquirer melaporkan keseluruhan platun telah ‘ditewaskan’, dan empat daripada tentera yang terkorban telah dipenggal kepala mereka.

Pertempuran itu bermula pada jam 7.55 pagi waktu tempatan pada Sabtu, ketika pasukan keselamatan itu bertembung dengan lebih 100 anggota militan terbabit.

Gambar 18 Tentera Filifina Maut Di Serang Militan Abu Sayyaf

Sewaktu kejadian, pasukan tentera tersebut sedang memburu kumpulan Abu Sayyaf di Basilan dan di kepulauan Jolo selama dua minggu dalam misi membebaskan sekurang-kurangnya 18 warga asing yang ditahan sebagai tebusan.

Pertempuran itu berlaku sehari selepas seorang paderi Itali, Rolando del Torchio, yang dijadikan tebusan oleh Abu Sayyaf selama enam bulan, ditemui selamat dalam feri di Jolo. Kira-kira 130 juta peso (RM11 juta) dilaporkan telah dibayar untuk menebusnya.

Gambar 18 Tentera Filifina Maut Di Serang Militan Abu Sayyaf
Gambar 18 Tentera Filifina Maut Di Serang Militan Abu Sayyaf

sumber
http://www.astroawani.com/berita-dunia/18-tentera-5-militan-abu-sayyaf-maut-bertempur-di-selatan-filipina-101839


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.